Popular Post

Jumaat, 30 Oktober 2015

Beri kebebasan suara kepada rakyat - Mahathir


Keluhan Tun Mahathir agar rakyat malaysia di beri kebebasan bersuara untuk menentu hala tuju dan memilih kepimpinan negara.
Beliau mengatakan "kerajaan Najib harus beri peluang kebebasan bersuara kepada rakyat seperti negara maju bagi menentukan hala tuju dan kepimpinan negara, jangan biarkan rakyat seperti katak dibawah tempurung dengan menyekat media sosial. 22 tahun saya perintah perkara seperti itu tidak pernah terjadi di bawah kepimpinan saya."

Khamis, 29 Oktober 2015

George Soros pernah mengatakan Mahathir bukan pakar ekonomi, dia cuma doctor biasa yang membazirkan harta rakyat.




Pada tahun 1995, Bank Dunia, Dana Kewangan Antarabangsa dan pakar
ekonomi memberi amaran kepada Mahathir Mohammad, bahawa jika Malaysia TIDAK mengurus ekonomi dan kewangan dengan betul, ia akan mengalami nasib yang sama seperti Mexico yang menyaksikan matawang Peso menjunam teruk.

Daripada mencari MENGAPA dan BAGAIMANA untuk mencegah keadaan, Mahathir segera mematahkan hujah dan memarahi mereka dengan menuduh mereka "cemburu dengan pembangunan dan ekonomi Malaysia"...Soros tergelak dengan kenytaaan seorang individu yang terlalu berlagak tidak tahu mengenai ekonomi.

Sebelum itu Mahathir terlalu boros mengunakan wang rakyat beratus-ratus bilion Ringgit untuk beliau mendapat 20% setiap projek yang telah diluluskan. Pada tahun 1997, apabila Krisis Kewangan melanda.  Mahathir betul2 terkejut tidak tahu apa yang telah berlaku, beliau sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Mahathir dan Menteri-menteri beliau keliru dengan pelbagai tindakan dan kenyataan yang mereka buat.  Di dalam kecelaruan itu, Mahathir telah membelanjakan berbilion-bilion Ringgit untuk menyokong mata wang Ringgit… Ssehingga ramai rakyat Malaysia yang gulung tikar lebih malang mata wang Ringgit terpaksa di tambat, kata George Soros dalam The Bangkok Post

Selasa, 27 Oktober 2015

Haram Jatuhkan Pemimpin - Mufti Kelantan


" Haram jika niat ingin menjatuhkan pemimpin, apatah lagi menghasut rakyat seperti yang di luahkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Tun Mahathir secara terbuka baru-baru ini. Sejarah 'wali songo' berhadapan dengan kerajaan Majapahit yang sangat kejam terhadap rakyat di tanah jawa, para wali sendiri tidak berani menjatuhkan pemimpin (umaroq). Adakah ilmu kita lebih dari pengajian para wali.
Kerajaan yang di pimpin oleh Datuk Najib tidak sekejam kerajaan Majapahit, kenapa kita perlu jatuhkan beliau, adakah beliau menghalang penyebaran islam di negara kita ini? "... Tegas Datuk Shukri Mohamad mufti negeri kelantan.

Rabu, 14 Oktober 2015

Mahathir Orang Tua Nyanyuk Yang Semakin Terdesak


Dulu Tun dengan Ku Li adalah seteru, mereka berdua bercakaran sesama sendiri sehingga Ku Li tubuhkan Semangat 46 umno terus terkubur. Saya masih ingat lagi bermacam cara Tun fitnah Ku Li dengan menabur poster Ku Li sedang "meliwat Mat Yaccob" di Parlimen Tanah Merah dengan kapal terbang ringan untuk menjatuhkan politik Ku Li, Hari ini mereka berdua bagaikan belangkas memburukkan Perdana Menteri mengenai SOSMA. Adakah Tun terlupa ISA yang di pertahankan beliau masa lalu untuk menjaga kepentingan politiknya sehinggakan ramai pemimpin politik yang tidak di sukainya di humban ke dalam ISA, hari ini beliau mengatakan PM menyalah gunakan akta sosma, saya tidak terkilan dengan kenyataan Tun bagi saya dia termasuk orang nyanyuk yang semakin terdesak, tidak mustahil selepas ini Tun akan bersama-sama Anwar Ibrahim yang pernah beliau fitnah kata Ibrahim Ali.


Selasa, 13 Oktober 2015

Jangan Di Layan Orang Nyanyok - Ibrahim Ali


PAS bersama pertubuhan melayu PERKASA tidak ada sangkut paut dengan Tun Mahathir kata Ibrahim Ali, "Tun jangan ingat Perkasa bergabung dengan PAS bagi memberi sokongan kepada beliau untuk memburukkan Perdana Menteri, kami bersatu bagi tujuan perkukuhkan islam dan melayu tiada sangkut paut menyokong Tun Mahathir yang kini hilang arah tujuan, kita jangan layan orang yang sudah nyanyuk"







Khamis, 8 Oktober 2015

Anak Saya Menabung Dari Kecil - Mahathir


Hari ini Mahathir mengeluarkan kenyataan mengenai kekayaan luar biasa yang di miliki anaknya Mokhzani dan Mirzan adalah hasil dari menabung dari kecil.
Mahathir mengatakan, beliau mendidik kesemua anak-anaknya agar menabung dari kecil bagi membolehkan mereka membuka perniagaan di masa hadapan. Mereka tidak pernah mengunakan dana kerajaan, saya juga tidak memberi apa-apa tender kerajaan kepada anak saya sewaktu saya menjadi Perdana Menteri, tegas Mahathir sewaktu menjawab tuduhan yang di lemparkan kepada beliau hasil kekayaan luar biasa dua orang anaknya.