Popular Post

Selasa, 31 Mei 2016

Saya Tidak Bersetuju RUU Hudud di bentangkan


RUU Hudud yang akan di bentang dalam Parlimen akan mengundang perpecahan kaum di dalam Malaysia, kerajaan sepatutnya menjaga keharmonian kaum.
Bagi saya Hudud tidak adil, hudud juga tiada dalam al quran, hudud adalah ciptaan puak-puak fikoq. Apabila orang islam mencuri akan di potong tangan, macam mana dengan bukan islam, ini sememangnya tidak adil. Pandangan saya jelas amat tidak bersetuju RUU Hudud di bentang. Kata Tun Mahathir sewaktu perjumpaan dengan Kit Siang membincangkan startegi untuk menumbangkan BN di PRK akan datang

Isnin, 23 Mei 2016

Warkah Dari Penjara - Seekor Anjing Tidak Akan Bertukar Menjadi Kambing


"Ketahuilah wahai sahabat, seekor anjing yang dahulunya amat jijik dan pengotor tidak akan bertukar menjadi kambing, begitu juga dengan sifat manusia yang dahulunya banyak melakukan pengkhianatan terhadap rakyat tidak akan merubah dirinya kepada kebaikkan.

Dalam Al quran ada mengatakan usia yang semakin meningkat sekiranya tidak tumpu pada amal jariah ia tidak akan mengubah hati untuk menjadi baik. Dalam masa sama seorang sahabat memberitahu saya, usia yang mencecah 92 tahun tidak mungkin akan membuat kebaikan. Semua sedia maklum sejarah beliau sewaktu ketika dulu amat jijik hendak di perkatakan, pada hari ini beliau bersungguh-sungguh kononnya ingin membela dan mempertahankan hak rakyat sedangkan apa yang berlaku adalah perbuatan beliau pada masa lalu.


Adakah benar beliau sudah insaf dan bersungguh-sungguh ingin membela nasib rakyat, sedangkan pada masa lalu, kekayaan hasil bumi yang ada di dalam negara tidak pernah di kongsi kepada rakyat, yang kaya semakin kaya dengan projek-projek mega, yang miskin semakin melarat hingga ke hari ini."


Rabu, 11 Mei 2016

Mahathir Perlu Di Hapuskan Dari Umno


"Masihkah rakyat Malaysia ingat, Tunku Abdul Rahman bapa kemerdekaan yang telah banyak berjasa dari Mahathir kerana membebaskan kita semua dari penjajah, meminta orang melayu hapuskan umno kerana undang-undang yang di bawa oleh 'Mahathir' lebih teruk dari komunis sehingga merosakkan umno di mata orang-orang melayu, bangsa melayu beragama islam di bunuh dengan kejam di memali, hak istemewa melayu tergadai, DEB yang di asas oleh Tun Razak, Mahathir kuburkan supaya melayu merempat di bumi sendiri, hari ini bukan umno perlu di hapuskan, Mahathir perlu di hapuskan terus dari umno supaya umno terus kuat, terbilang dan mnjaga kepentingan orang-orang melayu,

Buat apa kita masih ingin simpan orang macam tu, lagi di simpan lagi rosak umno, 22 tahun dia perintah bermacam-macam kerosakkan dia buat sehingga orang melayu pandang serong pada parti keramat mereka" Adnan Mansor