Popular Post

Rabu, 24 Disember 2014

Kelantan Darurat


 
4 hari di landa hujan tanpa henti keadaan negeri kelantan semakin darurat berikutan beberapa buah bandar di negeri ini di tengelami air, di antaranya bermula di Bandar Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, dan ibu negeri Kota Bharu.

Keadaan ini akan berterus beberapa hari lagi apabila paras air sungai kelantan telah melimpah ia berada dalam paras bahaya.

Air sungai kelantan semakin meningkat



Paras air sungai kelantan semakin meningkat, sehingga sudah melimpahi tebing, keadaan ini pernah terjadi sekitar tahun 1995 sekarang berulang seperti dahulu, ia boleh di katakan berada diparas bahaya.

Penduduk yang berada berhampiran sungai kelantan di minta berjaga-jaga atau terus melakukan perpindahan dengan kadar segera.

Kelantan semakin lumpuh



Negeri ini bakal lumpuh sepenuhnya. Itu gambaran kepada situasi banjir yang melanda negeri ini.
Keadaan tersebut ekoran daripada bahagian Kelantan Selatan iaitu daerah Gua Musang dan Kuala Krai yang ditenggelami air dan terputus hubungan darat.

Malah operasi untuk menghantar bantuan melalui udara ke Gua Musang pada hari ini tidak dapat dilakukan kerana cuaca buruk.

Bandar Lama di Gua Musang seperti sebuah pulau dan 13 orang nyaris maut apabila bot penyelamat terbalik ketika membawa mereka keluar dari kawasan sekitar Resort Kesedar Inn.

Dari sumbur yang di peroleh dari jabatan bencana alam, kejadian ini berlaku berpunca bukit bukau yang ketiadaan pokok kayu akibat kerakusan kerajaan negeri telah mengondol untuk mendapat ke untungan.

Bot penyelamat terbalik, 2 hilang


Sebuah bot penyelamat mangsa banjir milik Jabatan Bomba Dan Penyelamat telah terbalik menyebabkan dua orang telah hilang dihanyutkan banjir.

Kejadian tersebut berlaku di Kampung Dato Hj Ibrahim Kemaman dimana semasa kejadian bot tersebut telah membawa 7 orang termasuk dua orang pegawai penyelamat dan 5 orang  mangsa banjir.