Popular Post

Rabu, 29 April 2015

Mahathir memburuk-buruk keluarga Najib tanpa bukti

Mahathir sebelum ini mengeluarkan kenyataan perbelanjaan bunga untuk majlis kahwin anak perempuan Rosmah sebanyak RM3 juta. 

Bagaimana pun kenyataan itu di nafikan semula beliau sendiri dengan mengatakan... "Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan (ketika majlis perkahwinan anaknya).

Dengan nada marah beliau mengatakan..."Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Saya tak pasti kalau ia benar, tetapi saya fikir ada yang fakta. Itu jadi masalah."

Kenyataan Mahathir tanpa usul periksa telah menjadi bahan percakap rakyat sedikit sebanyak telah memburukkan imej keluarga PM. Apakah niat Mahathir sebenarnya, adakah dia mula memainkan isu untuk fitnah keluarga PM.

Sedangkan bunga tersebut adalah sponser dari rakan-rakan terdekat DS Rosmah menelan belanja RM25K hingga RM30K.

Selasa, 28 April 2015

Akhirnya ekonomi melayu bernafas kembali di bawah kepimpinan Najib


Che Det rembat RM50 Bilion Saham Bumiputra, sokongan padu pada beliau terus di berikan oleh melayu walaupun ekonomi mereka hancur.

DS Najib bagi peruntukkan permulaan sebanyak RM10 Bilion kepada Bumiputra untuk menjana ekonomi, melayu terus mengkeji walaupun bangsa sendiri ingin menolong.

Disini kita nampak, pemikiran melayu amat lemah dalam memilih kepimpinan, mereka lebih suka di tindas dari menerima kebaikkan. Jadi tak heranlah bangsa melayu mundur di bumi sendiri.

Ahad, 26 April 2015

Mahathir sedang tunjuk kebodohan diri pada rakyat Malaysia.




Adakah Tun Nyanyuk ! adakah Tun Nyanyuk ! adakah Tun Nyanyuk ! siapa kata Tun nyanyuk sila angkat tanggan.. (Tiada seorang pun yang angkat tanggan kerana yang hadir di dalam dewan boleh dikatakan semuanya bodoh tukang gelak  tukang sokong dan tukang ambil gambar untuk di hebahkan kepada umum).

Andai kita lihat dari segi zahir memang betul Mahathir tidak nyanyuk, dia masih pintar boleh ingt angka RM45 Bilion kekadang dia pusing jadi RM24 Bilion dari 1MDB, dia juga boleh ingat kisah Sirul yang dimainkan oleh pembangkang, tapi cuba kita lihat dari segi batin, Mahathir sebenarnya sudah terlalu nyanyuk, dia lupa bahawa dunia ini sedang berputar dari atas kebawah.

Masihkah dia ingat, Tunku Abdul Rahman memerintah selama 22 tahun, beliau yang begitu berjasa kepada negara dan sangat2 terpengaruh akhirnya suara beliau hilang di arus zaman kerana tidak di endahkan oleh Mahathir….

Allah tidak zalim, ia bersikap adil pada setiap makhluk

Mahathir lupa yang bumi tempat dia berdiri sedang berputar kebawah, kita akui selama 22 tahun dia begitu  berjasa kepada negara dengan menghilangkan RM52 Bilion saham bumiputera, Menjual tanah2 rezab melayu, Memgambil wang rakyat sebanyak RM29 Bilion untuk membeli kilang arak. Hari ini pengaruhnya sangat kuat dengan menyokong membuta tuli, ini menjadi harapan baginya untuk menentukan pentadbiran negara.

Mulai saat ini, kita lihat sejauh mana salakkan Mahathir akan di dengari oleh bangsa melayu, adakah suaranya juga sama seperti Tunku yang mana tidak di endahkan oleh beliau. Apa pun sejarah pasti berulang...

Maka dengan itu, kami berharap…

DS Najib Tun Razak… Teruskan perjuangan mu untuk membela anak bangsa dan juga rakyat Malaysia yang masih belum di sempurnakan oleh arwah Tun Razak, jangan toleh ke belakang kerana orang nyanyuk sedang menunjuk kebodohan diri pada umum.

Sabtu, 25 April 2015

Siapa sebenarnya ayah Mahathir dari mana asalnya..?

Ramai yang mengatakan ayah Mahathir adalah seorang pengasas Kolej Sultan Abdul Hamid yang bernama Muhammad Bin Iskandar.


Beliau juga mengatakan ayahnya seorang cikgu sekolah dalam ucapan bicarawan negara.


Sejauh manakah kebenaran ini, adakah betul atau hanya kebetulan kerana Mahathir salah seorang pelajar di Kolej tersebut atau beliau guna kesempatan ini untuk menukar identiti bapanya bagi mendapat sokongan melayu umno


Pepatah mengatakan, "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua"  Banyak yang meragukan mengenai cerita sebenar ayah bekas pemimpin negara ini, sekiranya ayah beliau bukan pendatang kenapa Tunku memberi kerakyataan Tanah Melayu..




Keraguan ini di buktikan oleh seorang penulis dari india menceritakan seorang pemuda dari Kerala berhijrah ke Malaysia, siapakah pemuda itu?



Lew Kuan Yew pernah mengadap Almarhum Sultan Johor menyatakan Mahathir semasa belajar di Singapura tulis dalam borang ruangan bangsa sebagai 'India Muslim' kalau dia india muslim kenapa ada yang cakap ayah dia melayu tulin... dan dikukuhkan lagi dengan bukti seperti ini pernah disiarkan dalam The Star


Takkan orang paling rapat dengan Tun tidak tahu asal usul Tun dari mana..


 Andai betul ayahnda beliau dari India, kenapa beliau malu bagitahu pada umum, sehingga sanggup menukar identiti dan mengunakan nama orang lain, hinakah seorang ayah yang lahir dari india..?



Sekirannya cerita ini betul, maka betullah apa yang di ceritakan oleh veteran umno kedah selama ini.


Selamaa 22 tahun di rembat berbilion harta tok nenek melayu seperti Petronas, dia gadai tanah melayu kepada cina, anak2 dia kaya raya, tak cukup dengan itu dia kata melayu bodoh berulang kali....Apa melayu dapat? Hari ini beliau bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan parti melayu kerana tidak ikut kemahuannya.

Begitu mudah beliau menipu bangsa melayu...BODOHkah kita?

Apa kata kita sebarkan cerita ini agar generasi akan datang tahu sejarah sebenar, semuga bangsa kita hargai pengorbanan seorang ayah

Jumaat, 24 April 2015

1MDB Mahathir pusing ubah kenyataan.


1MDB, Mahathir telah ubah kenyataan dari RM45 Bilion sekarang RM24 Bilion, adakah beliau mendapat fakta yang salah atau ada insan yang sengaja ingin melihat beliau menuduh Najib tanpa bukti yang soheh.

Kenyataan tanpa fakta dan bukti kukuh itu telah merosakkan imej beliau sebagai bekas PM yang di segani, ini telah membuat rakyat mula pandang serong dengan kenyataan beliau. selama ini beliau menuduh 1MDB kerugian sebanyak RM45 Bilion sekarang di tukar kepada RM24 Bilion, dan betulkah 1MDB kerugian RM24 Bilion, mana buktinya.

Adakah kenyataan beliau selama ini hanya untuk memburuk-buruk pentadbiran DS Najib supaya rakyat membenci pemimpin no.1 negara itu.

Ahad, 19 April 2015

Ayahnda Tun tak perlu nak perbodohkan rakyat Malaysia.


Ayahnda Tun agak emosi sehingga mengatakan pemberian BR1M RM4 Bilion setahun kepada golongan miskin sasar akan membuat negara bankrap, sebelum ini kerajaan bagi subsidi berpuluh-puluh bilion setiap tahun pada rakyat, negara tidak pernah bankrap ekonomi masih dalam keadaan stabil.

Andai negara ini bankrap sekali pun, saya amat berpuas hati kerana DS Najib agihkan hasil bumi kepada rakyat yang memerlukan, tidak seperti di zaman ayahnda, mengagihkan kekayaan negara kepada anak-anak dan rakan terdekat iaitu keroni

Ayahnda Tun cakap kita perlu bagi pancing, kita nak tanya ayahnda Tun, 22 tahun ayahnda Tun perintah pancing apa ayahnda Tun bagi pada rakyat terutama melayu? Adakah dengan memberi peluang pekerjaan di kilang, sedangkan anak cina ayahnda Tun didik supaya berniaga.

Ayahnda Tun kata BR1M hanya mendidik rakyat jadi malas bekerja, adakah dengan pemberian sekali setahun rakyat jadi malas? Luah pakar ekonomi pegawai khas Bank Negara.

Selasa, 14 April 2015

Mahathir perlu jawab dari mana bilionair malaysia mendapat kekayaan.


Mahathir kata Najib perkayakan Jho Low dengan dana 1MDB, sedangkan Audit negara tidak pernah mengeluarkan kenyataan dana 1MDB di salah gunakan.

Kita tanya Mahathir, siapa perkaya Tun Daim yg di kenali sebagai 'Korum malaysia' memiliki harta berbilion di luar negara, bagaimana pemilik maxis Ananda Krishnan boleh jadi Bilionair? adakah Bilionair YTL itu melayu? bagaimana Robert Kuok Bilionair boleh jadi raja gula dalam Malaysia?

Jadi, tidak manis sekirannya bekas PM menuduh DS Najib tanpa bukti, sedangkan Bilionair yang di sebutkan tadi hasil kerja tangan beliau masa lalu dari mana mereka mendapat wang tersebut. Kata pemuda dengan nada sinis.

Jumaat, 10 April 2015

Sedarlah wahai bangsaku melayu


Siapa Mahathir? Semua pemimpin dia tegur, semua pemimpin buat salah dari Tunku, Tun Hussin, Tun Abdullah hingga DS Najib...Adakah selama 22 tahun memerintah dia tidak pernah buat salah? Orang tua kata, kalau kita nampak salah orang sebenarnya kita lagi banyak buat salah, Kata seorang Profesor dari sebuah Universiti Malaya.

Berbagai persoalan di ajukan untuk menjatuhkan DS Najib dan menaikkan anaknya melalui Muhyiddin Yassin.
- Bagaimana dengan pembunuhan umat Islam di Memali 1985 yg telah mengorbankan 14 orang melayu dan seorang ulama sehingga di kutuk keras oleh Tunku dan Tun Hussin...
- Siapa yang hancurkan ekonomi melayu DEB sehingga sekarang melayu merempat di bumi sendiri... 
- Siapa yang songlap saham bumiputera RM50 Bilion... 
- Siapa yang ambil wang rakyat RM29 Bilion bagi kepada anak untuk beli kilang arak.... 
- Siapa yang perkayakan bangsa cina... 
- Siapa yang hilangkan bahasa Melayu... 
- Siapa yang jadikan Petronas harta milik keluarga... 
- Apa melayu dapat sewaktu pemerintahan beliau... 
- Proton sampai sekarang hidup segan mati tidak mahu... 
- Tabung Haji kehilangan duit... 
- KWSP juga menerima nasib yang sama kejilangan berbilion duit... 
-Melayu tetap tidak boleh berfikir.

Malangnya, walau apa pun dia buat pada bangsa melayu, melayu tetap sanjung ibarat dia tidak pernah buat salah, kononnya melayu kenang jasanya...Apa jasa yang melayu dapat rasai? Adakah dengan bekerja sebagai pekerja kilang, sedangkan anak cina dia didik supaya berniaga.

Kita tahu orang melayu tidak mudah di perbodoh, malangnya mereka senang di perbodoh oleh seorang berketurunan india, begitulah lemahnya minda bangsa melayu. Melayu lebih suka bangsanya di tindas bangsa lain dari bangkit membela nasib melayu itu sendiri.

Jumaat, 3 April 2015

Veteren umno mula menyerang pengkhianat parti.


"Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang pasti ada beruk, begitu juga dalam umno, kalau tak ada makhluk macam beruk yang mengucar kacirkan parti masakan umno boleh goyang" itulah luahan seorang veteran umno terhadap individu yang ingin menjatuhkan Najib razak selaku PM.

Lebih baik dia keluar dari umno seperti mana di zaman Pak Lah dulu, Perlu di ingat, Tunku Abdul Rahman keluar umno, umno tetap kuat, Tun Hussin keluar umno, umno tetap kuat, kalau dia rasa nak keluar umno di persilakan, jangan ingat umno akan lemah tanpa dia, sebenarnya umno makin lemah ada makhluk seperti beruk, dan itulah kerja beruk.

Kata beliau lagi, "saya yakin pemuda dan puteri umno pun sudah mula menyampah dengan kelakuan makhluk seperti itu, jangan ingat dia saja yang bijak dalam soal pentadbiran negara."

Khamis, 2 April 2015

Pemuda desak Mahathir jawab isu Tragedi Pembunuhan Memali


Tragedi pembunuhan di Memali 1985 mengorbankan seorang ulama dan 14 orang melayu di masjid memali, isu tersebut terus di tutup dan di biarkan, malah dalang yang merancang pembunuhan itu masih lagi hidup dan bebas mengkritik kerajaan sekarang.

Isu ini pernah di ketengahkan oleh Tun Musa Hitam, beliau mengatakan arahan pembunuhan itu datang dari Perdana Menteri kerana Mahathir masih berada di dalam negara sebelum bertolak ke China.

'Isu ini melibatkan nyawa rakyat dan bangsa melayu itu sendiri, perkara ini amatlah zalim kami sebagai pemuda tidak boleh berdiam diri sehingga dalang pembunuhan tersebut tertangkap, kita amat berharap kerajaan buka semula kertas siasatan tragedi tersebut'...Kata seorang pemuda dengan nada marah