Popular Post

Rabu, 16 Disember 2015

Umno dan negara ini bukan milik Mahathir


"Saya cuma dijadikan alat (tangga) untuk beliau mencapai cita-cita melihat Mukhriz menjadi Perdana Menteri, dulu Pak Lah sekarang DS Najib. Niat beliau bukan ingin membela nasib rakyat saya betul-betul amat kecewa"

Siapa dia untuk menentukan pucuk pimpinan parti, umno dan negara ini bukan milik dia, jadi biar rakyat dan parti yang tentukan, kata bekas Tim. Perdana Menteri

Bekas Tim.Perdana Menteri kecewa terhadap Mahathir


Bekas Tim. Perdana Menteri amat kecewa terhadap Tun M, beliau secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan ingin melihat anaknya menjadi Perdana Menteri. Adakah saya dan kawan-kawan serta rakyat berjuang untuk melihat anak beliau menjadi Perdana Menteri?

Dahulu Pak Lah, sekarang DS Najib menerima nasib yang sama, tidak mustahil Perdana Menteri selepas ini akan menerima kritikan daripada beliau demi mencapai cita-citanya. Sekiranya saya menjadi Perdana Menteri pun nasib yang sama akan menimpa saya, kami cuma alat beliau.