Popular Post

Isnin, 22 Disember 2014

PKR tutup mulut isu hudud PAS


SHAH ALAM - Mesyuarat Biro Politik PKR mengenai pelaksanaan hukum Hudud telah diadakan semalam dan bukannya hari ini seperti mana yang dikatakan oleh Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli yang menjelaskan bahawa mesyuarat itu dilakukan secara dalaman.

"Mesyuarat Biro Politik PKR telah diadakan semalam untuk membincangkan isu Hudud.

"Kami tidak akan mengeluarkan kenyataan berkenaan kerana ia perbincangan tertutup," katanya melalui aplikasi Whatsapp, hari ini.

Hukuman berat kepada pencemar sungai



KUALA LUMPUR - Kerajaan diharap dapat meningkatkan penguatkuasaan dan hukuman terhadap mereka yang didapati mencemar sumber air terutama sungai.

Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) / Puncak Niaga Sdn Bhd, Tan Sri Rozali Ismail berkata, ini adalah kerana jumlah sungai yang tercemar semakin meningkat, dan kini terdapat kira-kira 40 peratus sungai di negara ini tidak boleh digunakan kerana pencemaran.
 
Pencemaran air sungai ini menyebabkan beberapa loji rawatan air terpaksa ditutup, katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kelab Briged Penyelamat Sungai (BPS) 'River Fun Day' di sini, hari ini.

Hasil PT3 hancur!!


Kementerian Pelajaran diminta berhenti perbodohkan ibu bapa pelajar..
“Pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji untuk peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan 3) PT3 dan mereka jadi mangsa kepada keputusan peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur!”

Itu luahan beberapa ibu bapa pelajar yang datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak mereka yang dikeluarkan hari ini.

Kata seorang ibu tunggal, Solarazimon Abdul Aziz, perubahan sistem peperiksaan daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada PT3 tidak patut diadakan secara mengejut.