Popular Post

Selasa, 30 Disember 2014

Ke mana duit hasil balak pergi??

Kelantan mengalami mimpi ngeri apabila berlaku banjir besar bermula dari tempat tadahan air di kawasan Gua Musang yang mana hutan di kawasan tersebut telah di gondol oleh kerajaan negeri untuk membuat Ladang Rakyat.

Kekayaan hasil bumi yang mereka gondol seperti balak di negeri tersebut ke mana pergi? Ini telah menjadi tanda tanya pelbagai pihak sehingga bencana alam telah memusnahkan seluruh negeri itu.


Pesakit tanggun derita


Pesakit bersambung nyawa helikopter di guna oleh VVIP untuk meninjau banjir bukannya bagi membawa pesakit kritikal ke hospital.

Dr Afiq Rahim yang bertugas di kelinik kesihatan Badang di Kota Bharu berkata
"seorang pesakit yang mengalami pendarahan teruk akibat barah rahim tidak dapat di terbangkan dengan helikopter".

Pengumuman harga petrol


Pengumuman harga terbaru petrol di Malaysia sudah tentu menjadi antara perkara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Ahmad Maslan telah memuat naik satu status di akaun Twitter miliknya yang menyatakan harga Ron95 dan Diesel dijangka akan diturunkan pada RM 1.95 - RM1.90 seliter mulai 1 Januari ini.

MP Ketereh turun padang memberi bantuan banjir


Kelibat MP Ketereh YB Tan Sri Anuar Musa yang sentiasa mengambil hal kebajikkan rakyat, Beliau sanggup balik dari Korea semata-mata untuk memberi bantuan kepada rakyat ketika berlaku banjir di kelantan.

Sifat beliau yang senang di dekati dan mesra dengan rakyat, membuat rakyat kelantan amat bertuah mempunyai pemimpin seperti itu.

Isnin, 29 Disember 2014

Macam Tsunami


Keadaan di sekitar bandar Kuala Krai ketika berlaku banjir besar, kata seorang penduduk di situ ia tak ubah macam Tsunami kejadian berlaku amat pantas. Rata-rata penduduk tidak menyangka kejadian seperti ini akan berlaku.

Untuk mengetahui berita menarik, ikuti terkinipost.bolgspot.com di Malaysia Post

MP Machang nafi tukar kampit beras sehingga lewat menghantar bantuan banjir



MP Machang Ahmad Jazlan Yaakub berkata kampit beras yang bercetak wajahnya adalah baki daripada kempen pilihan raya umum ke-13.

Ketua Umno Machang itu menempelak mereka yang menuduhnya melambatkan bantuan banjir kerana mahu wajahnya dan logo BN dicetak pada kampit beras yang diagihkan itu.

“Dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh. Jawablah di akhirat nanti. Jangan parti saja nama Islam tapi amalan tak ikut,” Ahmad Jazlan menulis dalam huruf besar di laman Facebooknya.

Kenyataan beliau di bidas pemuda PAS dengan mengatakan "PRU-13 beliau bukan ahli Parlimen Machang, siapa fitnah siapa?

Untuk mengetahui berita menarik, ikuti terkinipost.bolgspot.com di Malaysia Post

Khamis, 25 Disember 2014

Bantuan lewat sampai terpaksa guna air sungai


Paras air semakin meningkat, manakala bantuan yang dinanti pula tidak kunjung tiba berikutan cuaca buruk melanda daerah Kuala Krai, Kelantan.
 
Terkandas di sekolah yang dijadikan pusat pemindahan, rata-rata mangsa banjir di Sungai Durian, Kuala Krai mengakui semakin resah dan bimbang terhadap keselamatan diri masing-masing.
 
Seorang mangsa banjir, Sumariya Ibrahim, 35, berkata, dia terpaksa menggunakan air sungai yang keruh untuk memasak makanan yang ada untuk keluarga dan mangsa banjir yang lain.

Rabu, 24 Disember 2014

Kelantan Darurat


 
4 hari di landa hujan tanpa henti keadaan negeri kelantan semakin darurat berikutan beberapa buah bandar di negeri ini di tengelami air, di antaranya bermula di Bandar Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, dan ibu negeri Kota Bharu.

Keadaan ini akan berterus beberapa hari lagi apabila paras air sungai kelantan telah melimpah ia berada dalam paras bahaya.

Air sungai kelantan semakin meningkat



Paras air sungai kelantan semakin meningkat, sehingga sudah melimpahi tebing, keadaan ini pernah terjadi sekitar tahun 1995 sekarang berulang seperti dahulu, ia boleh di katakan berada diparas bahaya.

Penduduk yang berada berhampiran sungai kelantan di minta berjaga-jaga atau terus melakukan perpindahan dengan kadar segera.

Kelantan semakin lumpuh



Negeri ini bakal lumpuh sepenuhnya. Itu gambaran kepada situasi banjir yang melanda negeri ini.
Keadaan tersebut ekoran daripada bahagian Kelantan Selatan iaitu daerah Gua Musang dan Kuala Krai yang ditenggelami air dan terputus hubungan darat.

Malah operasi untuk menghantar bantuan melalui udara ke Gua Musang pada hari ini tidak dapat dilakukan kerana cuaca buruk.

Bandar Lama di Gua Musang seperti sebuah pulau dan 13 orang nyaris maut apabila bot penyelamat terbalik ketika membawa mereka keluar dari kawasan sekitar Resort Kesedar Inn.

Dari sumbur yang di peroleh dari jabatan bencana alam, kejadian ini berlaku berpunca bukit bukau yang ketiadaan pokok kayu akibat kerakusan kerajaan negeri telah mengondol untuk mendapat ke untungan.

Bot penyelamat terbalik, 2 hilang


Sebuah bot penyelamat mangsa banjir milik Jabatan Bomba Dan Penyelamat telah terbalik menyebabkan dua orang telah hilang dihanyutkan banjir.

Kejadian tersebut berlaku di Kampung Dato Hj Ibrahim Kemaman dimana semasa kejadian bot tersebut telah membawa 7 orang termasuk dua orang pegawai penyelamat dan 5 orang  mangsa banjir.

Selasa, 23 Disember 2014

Hospital Islam pertama di Pulau Pinang



Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng akan membina hospital islam pertama di negeri itu pada tahun depan., Hospital yang bakal menelan belanja melebihi RM200 juta akan di bina di Bayan Lepas, mempunyai 200 katil untuk pesakit.

Mahathir punca kerugian MAS.


"Apabila saya bersara, MAS ada simpanan sebanyak RM5 Bilion, akan tetapi syarikat penerbangan itu telah di hancurkan oleh legasi Mahathir dengan membawa masuk CEO-CEO kroni beliau yang mengakibat MAS rugi besar mencecah RM12 Bilion, untuk menutupi kesalahan yang di buat, beliau akan menunding jari pada orang lain, itulah perangai Mahathir. Anak melayu pasti berbangga dengan kejayaan yang Mahathir buat kepada syarikat penerbangan negara", kata beliau dengan nada sinis

Tan Sri Abdul Aziz Rahman.
Bekas Pengarah Urusan MAS

Isnin, 22 Disember 2014

PKR tutup mulut isu hudud PAS


SHAH ALAM - Mesyuarat Biro Politik PKR mengenai pelaksanaan hukum Hudud telah diadakan semalam dan bukannya hari ini seperti mana yang dikatakan oleh Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli yang menjelaskan bahawa mesyuarat itu dilakukan secara dalaman.

"Mesyuarat Biro Politik PKR telah diadakan semalam untuk membincangkan isu Hudud.

"Kami tidak akan mengeluarkan kenyataan berkenaan kerana ia perbincangan tertutup," katanya melalui aplikasi Whatsapp, hari ini.

Hukuman berat kepada pencemar sungai



KUALA LUMPUR - Kerajaan diharap dapat meningkatkan penguatkuasaan dan hukuman terhadap mereka yang didapati mencemar sumber air terutama sungai.

Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) / Puncak Niaga Sdn Bhd, Tan Sri Rozali Ismail berkata, ini adalah kerana jumlah sungai yang tercemar semakin meningkat, dan kini terdapat kira-kira 40 peratus sungai di negara ini tidak boleh digunakan kerana pencemaran.
 
Pencemaran air sungai ini menyebabkan beberapa loji rawatan air terpaksa ditutup, katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kelab Briged Penyelamat Sungai (BPS) 'River Fun Day' di sini, hari ini.

Hasil PT3 hancur!!


Kementerian Pelajaran diminta berhenti perbodohkan ibu bapa pelajar..
“Pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji untuk peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan 3) PT3 dan mereka jadi mangsa kepada keputusan peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur!”

Itu luahan beberapa ibu bapa pelajar yang datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak mereka yang dikeluarkan hari ini.

Kata seorang ibu tunggal, Solarazimon Abdul Aziz, perubahan sistem peperiksaan daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada PT3 tidak patut diadakan secara mengejut.