Popular Post

Selasa, 6 Januari 2015

Nik Aziz Diancam Solidariti Dari Penulis Harakah Sendiri


Tertarik dengan kata kata ini..“Bagaimanakah sebuah akhbar Islam, yang menjadi suara kepada parti Islam di negara ini, tetapi pihak pentadbirannya tidak berakhlak Islam??

"Hari ini pimpinan PAS tidak boleh ditegur. Tegur saja terus melenting dan gunakan kuasa apa yang ada untuk hentikan teguran. Saya ingatkan allahyarham Tan Sri Azizan Razak (bekas menteri besar Kedah) saja yang macam itu dulu. Rupa-rupanya kebanyakan ulama yang ada dalam PAS sekarang pun macam itu juga. Maka tersingkirlah Datuk Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid daripada Harakah, dan Ahmad Lutfi Othman pun diminta supaya berhenti".

Mulanya Tarmizi diberhentikan sebagai pengarang Harakah, 1 Oktober 2014. Kemudian di pertengahan Disember Roslan pula diberhentikan, khabarnya kerana dialah editor yang bertanggungjawab menyiarkan 2 tulisan saya yang mengkritik ulama. Dan saya juga diberhentikan daripada menjadi kolumnis ‘Wacana Budaya’ di Harakah.

Terakhir ialah Ahmad Lutfi, ketua pengarang Harakah sendiri, yang sedang bercuti sakit, diminta meletakkan jawatan. Barangkali kerana dia sedang mengalami sakit yang dipercayai oleh mereka akan menyebabkan dia tidak dapat menjalankan tugasnya, atau sebab-sebab lain, tidak dapat dipastikan.

Tetapi khabarnya waktu diminta berhenti itu tidak ada apa-apa alasan diberi, dan hal sakitnya itupun tidak ditimbulkan.

Saya bukannya menghina ulama pun. Gilakah saya hendak menghina ulama yang diperakui Rasulullah sendiri ulama adalah pewaris para nabi? Saya hanya mengkritik segelintir ulama seperti Nik Aziz dalam pimpinan atasan PAS yang berkelakuan tidak seperti ulama, malah merosakkan imej mulia ulama.