Popular Post

Jumaat, 29 Januari 2016

PAS parti yang tiada pendirian, parti sampah - Tun Mahathir


Jawapan dari Tun adakah beliau akan sertai PAS sekiranya keluar dari umno, katanya "Tidak kerana parti itu tiada pendirian, lihat sekarang Pakatan Rakyat berpecah pun sebab depa, apa perjuangan depa pun saya tak tau, apa depa buat setelah dapat kelantan? ekonomi merundum sentiasa meminjam wang dari kerajaan pusat untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri, peluang pekerjaan kepada rakyat terabai, yang mereka tahu tegakkan hukum Hudud, sedangkan cogan kata PAS negara berkebajikkan.
Bagi saya PAS sebuah parti sampah yang perguna agama untuk kepentingan politik sempit bagi mendapat habuan dunia. 

Rabu, 27 Januari 2016

Tak Masuk Syurga Kalau Solat Tapi Memfitnah - Najib Razak


Umat Islam tidak akan terjamin masuk syurga jika hanya menunaikan solat tetapi pada masa sama masih bersikap adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri memetik hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga, iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menjaga silaturrahim.
"Sembahyang tak tinggal, tapi jadi batu api, fitnah, adu domba, hancurkan perpaduan, tak kiralah siapa kita bekas pemimpin ke, ustaz ke, tok iman ke, orang biasa ke ia tak jamin jadi ahli syurga. Jadi jangan sia-siakan amalan kita selama ini, apatah lagi anda dari parti yang kononnya perjuangkan islam."

Selasa, 26 Januari 2016

Saya Ingin Lihat Mukhriz Menjadi Perdana Menteri Walaupun Sehari.


Kalau Mukhriz tidak dapat jadi Menteri Besar, lantik dia jadi Menteri penuh pun tak pa, atau pun Tim. Menteri, asalkan dia dapat belajar supaya dia boleh memimpin negara selepas ini.

Cita-cita saya ingin melihat dia (Mukhriz) menjadi Perdana Menteri walaupun sehari, saya nampak dia boleh bangunkan negara ini seperti mana saya lakukan selama 22 tahun dahulu. kata matang Perdana Menteri di satu Majlis tertutup.

Ahad, 24 Januari 2016

Saya Merayu Kekalkan Mukhriz Sebagai MB Kedah


Saya akui telah buat banyak kesalahan dengan mengkritik setiap pentadbiran DS Najib sehingga umno Kedah tidak senang hati dan anak saya menjadi mangsa keadaan. Hari ini saya amat berharap dan merayu pada umno kedah seluruhnya kekalkan Mukhriz sebagai MB Kedah.

Saya harap legasi saya tidak lenyap dan terus berada dalam dunia politik untuk menyambung perjuangan saya terhadap bangsa dan tanah air. Saya dah tua hidup pun dah tak lama, sebolehnya saya nak lihat dia (Mukhriz) menjadi Perdana Menteri.

Jumaat, 22 Januari 2016

Hina Orang Yang Tidak Berpelajaran Sama Hina Nabi SAW


Sekarang ni kecoh duk perkata nak jadi pemimpin perlu ada pelajaran. Sedar tak kita semua, Nabi Muhammad SAW tak pernah masuk mana2 sekolah mahupun universiti, malah baginda telah menjadi model ikutan para ilmuan dan pemimpin di dunia.
Tubuh parti islam kononnya nak ikut acuan Nabi, tapi kamu perlekeh manusia yang tak ada pelajaran untuk jadi pemimpin, samalah kamu perlekeh Nabi. Kita kalau bodoh jangan tunjuk jahil, kalau jahil jangan pula tunjuk bodoh itu semua bersangkut paut dengan PAS.

Kamu yang berpelajaran balik dari Mesir dan Jordan kenapa tidak boleh membantu menaikkan ekonomi kelantan, 24 tahun memerintah bukan masa yang singkat malangnya pelbagai alasan di beri jalan terakhir mengatakan umno jahat.

Rabu, 20 Januari 2016

Hampir kesemua kepimpinan parti dan kerajaan negeri tolak Mukhriz sebagai MB kedah


Krisis politik di Kedah. Jumlah kehadiran kepimpinan parti & Kerajaan Negeri untuk tolak kepimpinan Menteri Besar....
Ketua Bahagian 15/15
Ketua Wanita 13/15
Ketua Pemuda 13/15
Ketua Puteri 14/15
Ahli Parlimen 6/10
ADUN 13/21
74/91 Kepimpinan politik & negeri hadir menolak Mukhriz sebagai MB kedah. Ini menunjukkan sokongan legasi Mahathir di kedah sudah berakhir

Mukhriz mungkin akan sertai parti Amanah Negara


Ditanya mengenai kedudukkaan beliau dalam umno, ini kenyataan yang keluar dari mulut Menteri Besar kedah. "Dah orang tak suka cheq buat apa cheq masih tebalkan muka berada dalam umno, lebih baik cheq sertai Amanah"
Katanya lagi.."Nak sertai PAS, mereka dah bersama-sama umno, apa pun saya tidak pernah terkilan, kerana Amanah menjanjikan jawatan untuk saya dan juga Tun Mahathir di kedah"

Mahathir Marah Mukhriz Didesak Melepaskan Jawatan Menteri Besar.


Mahathir Mohammed amat marah dengan umno kedah kerana mendesak anaknya Mukhriz melepaskan jawatan Menteri Besar.
Kata beliau dengan nada marah.."Apa salah Mukhriz sehingga hang pa mahu singkir dia sebagai menteri besar, hanya Mukhriz yang mampu tadbir kedah sebelum perintah negara ini"