Popular Post

Ahad, 13 September 2015

Mahathir amat licik menipu rakyat


"Siapa tidak kenali Mahathir, seorang manusia yang cukup bijak membelit menutupi kesalahan yang di lakukannya. Masihkah anda ingat sewaktu kejatuhan ekonomi Negara pada tahun 1997 dik kerana keborosan beliau, Mahathir menuduh Bilionair dunia George Soros manipulasi mata wang iaitu Ringgit sehingga jatuh menjunam, beliau juga menuduh itu sebahagian agenda Anwar Ibrahim dan Soros. Pada masa itu rakyat kita telan hidup-hidup cerita Mahathir.

Tidak lama selepas itu, apabila ekonomi Malaysia semakin pulih, kemarahan rakyat sudah mula reda, Mahathir memanggil Soros untuk meminta maaf dari tuduhan yang di lemparkannya dahulu.

Saya kenali Mahathir cukup lama, malah pernah berkhidmat dengan beliau sebagai Menteri Kewangan, dia (Mahathir) amat licik menipu rakyat untuk menutupi kesalahan yang dia lakukan.

Hingga ke hari ini, rakyat Malaysia mudah percaya kata-kata Mahathir walaupun beliau terang-terangan membuat kesalahan. Mahathir menganggap rakyat malaysia adalah dari golongan yang terlalu bodoh, minda kita amat mudah di tipu"..Kata Tun Daim Zainuddin




Tiada ulasan:

Catat Ulasan